Cinta

Monday, November 26, 2012
ada cinta aku terima, tak terbalas
ada cinta ku beri, tak berbalas
ada cinta yang kekal
ada cinta yang datang dan pergi
ada cinta yang dibiar sepi
ada cinta yang menghibur hati

ada cinta dalam hati
ada cinta di luar diri

ada cinta memandu jiwa
ada cinta buat gila

cinta ada
cinta tiada

11:28pm
serdang
Monday, October 29, 2012
andai ada mata-mata yang memandangku
dengan sinis
mulut bercerita
keji
nista

tidakkan ku paling walau sedarjah,
takkan terpalit hina itu

kerana ku tau apa yang ku buat itu
benar,
dan mereka tak tahu
cerita sebenar

monolog hari minggu

Tuesday, October 16, 2012
bangun matahari dah tinggi
perut lapar itu pakej
suara serak, apa dah jadi?

fikirkan hari ini
fikirkan hari esok
apa nak buat?

3 jam aku duduk-duduk
gerak-gerak konon sibuk
perut makin kriuk-kriuk
tekak pulak batuk-batuk

kertas putih conteng-conteng
nota- nota makin hilang
dari pandang
akal menera

lewat tengah malam

jangan tanya mengapa aku tiada
andai kau bunuh aku dalam kamu....

bukan aku yang diam,
malah kau yang tak mendengar..

bila ku lihat, kau berpaling
dan waktu-waktu kau lihat dengan mata tertutupmu.

ku tak ikut, kau marah
andai ku nasihat, kau tak pernah endah.

melihat sisi-sisimu yang semakin berubah, sukar
aku tak daya menahannya daripada terjadi.

langkahku hayang
fikiranku tak tenang

otakku nanar
mana satu yang benar

kau yang merasai
atau
aku yang memerhati?


10/17/2012
00:39
ketujuhbelas


itu tidak menyenangkan

Wednesday, June 13, 2012

menyamakan aku dengan yang lain, itu tidak menyenangkan
biar siapa pun kau,
biar siapa pun dia,
biar apa pun yang kau cuba samakan itu.

mungkin zahirnya sama.
dan yang sama itu hanya di matamu.

aku, dia atau sesiapa.

aku tidakkan pernah ada sama dengan yang lainnya
dan
menyamakan aku dengan yang lain itu tidak menyenangkan.

yang tak indah

tiada yang indah dariku. untuk paparan mata
aku tahu
tiada yang cantik untuk diimaginasi, untuk didengar
aku tahu itu
aku bukanlah yang terindah untuk dunia,
tapi ku cuba membuatkan dunia cukup indah
untuk duniaku.